Pernafasan Dalam (Deep Breathing) |
Saya nak kongsikan cara atau teknik senaman pernafasan dalam (deep
breathing exercise) yang amat berguna untuk menambahkan kadar oksigen ke
dalam paru-paru dan seterusnya ke otak. Kenapa senaman ini penting untuk
kesihatan? Setiap tisu di dalam tubuh badan kita akan berfungsi dengan optimum
dan otak kita akan lebih cerdas apabila dibekalkan dengan oksigen yang secukupnya.
Antara kebaikan-kebaikan senaman pernafasan dalam ini ialah:
- Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
- Menguatkan imuniti secara semulajadi
- Membantu mempercepatkan peroses pemulihan pernafasan
- Menguatkan paru-paru dan mengelakkan otot-otot paru-paru menjadi lemah
- Menyegarkan otak dan tubuh badan
- Melambatkan proses penuaan kerana tisu-tisu mendapat bekalan oksigen secukupnya
Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan senaman pernafasan dalam?
Senaman pernafasan dalam boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Masa yang
amat digalakkan adalah seperti berikut:
- awal waktu pagi selepas
bangun dari tidur - bagi menyegarkan badan dan otak anda setelah semalaman berehat
- bila kepenatan - bagi menggantikan oksigen yang hilang dengan cepat
- ketika perut kosong - untuk memaksimumkan udara masuk ke ruang perut anda
Senaman ini amat praktikal untuk dilakukan oleh mereka yang mempunyai
sejarah Asthma, pneumonia, batuk kering dan masalah jangkitan paru paru.
Cara-cara Melakukan Senaman Pernafasan Dalam
- Cari tempat yang sesuai
yang mudah mendapat udara yang segar. Elakkan bilik kecil yang tidak
mempunyai pengaliran udara yang mencukupi.
- Dapatkan posisi yang
selesa sama ada baring, duduk, berdiri atau bersandar.
- Letakkan satu tangan di
atas perut dan satu lagi di atas dada.
- Tarik nafas melalui
hidung sedalam yang boleh dengan kadar yang perlahan tanpa tergopoh-gapah.
- Pastikan perut
terangkat ke atas (kalau baring) atau ke depan (kalau duduk atau berdiri) disebabkan
reaksi dari udara yang memenuhi bahagian bawah paru paru dan menolak
diapghram ke atas.
- Tahan nafas dalam masa 3-5
saat bagi memastikan penyerapan oksigen yang optimum.
- Kemudian lepaskan udara
melalui mulut secara perlahan-lahan dan releks. Pastikan dada dan perut mengempis
secara semulajadi.
- Lakukan berulang kali
sebanyak 5 atau 10 kali bagi mendapatkan manfaat yang sepenuhnya daripada
senaman ini.
Apakah efek dari senaman ini?
Anda akan rasa sangat releks dan tenang selepas melakukan senaman ini yang
boleh membantu menghilangkan stres atau kekusutan di fikiran. Lebih berkesan
lagi jika senaman ini diiringi dengan bacaan zikir dan salawat di dalam hati,
anda seolah-olah mendapat suntikan antibiotik yang alami, kerana waktu itu otak
anda akan merembeskan hormon endorphin yang secara alaminya membantu menghilangkan
stres dan juga menguatkan tubuh badan.
Selamat mencuba!
Mohon copy
ReplyDeleteTERIMAKASIH DI ATAS INFO YG BERGUNA INI...👍
ReplyDeleteGd job
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletesenaman pernafasan yg 👍
Senama pernafasan juga membantu dalam mengawal stress. Sangat baik dilakukan supaya sentiasa berada dalam keadaan positif dan terkawal. Sangat bersetuju dengan senaman ini. Saya dah buat hampir 3 tahun
ReplyDelete.
https://ahmadghazali.com/
Baiklah
ReplyDelete