Proses Penuaan |
Apakah benar proses penuaan sudah bermula seawal pada usia awal 30an?
Perkara ini disahkan oleh Dr. dr. Bhenny Karim, Fakulti Kedokteran (FK), Universiti Gajah Mada (UGM), yang mengatakan bahawa proses penuaan boleh bermula pada usia 32 tahun. Pada usia tersebut, fungsi organ-organ penting tubuh seperti ginjal, hati, hypophyse, dan sebagainya sudah mula menurun. Malah keupayaan badan mengeluarkan hormon-hormon penting seperti testosteron dan progesteron (lelaki), estrogen (wanita), hormon pertumbuhan, CoQ10, Melatonin dan Antioksidan sudah mula menurun pada usia tersebut.
Mungkin ramai yang tidak setuju (atau sekurang-kurangnya tidak puas hati) dengan kenyataan ini. Mengapa begitu awal? Mungkinkah ianya berlaku hanya pada sebahagian kecil organ badan sahaja?
Menurut DailyMail.co.uk melalui artikel "When Your Body Starts Going Downhill?", proses penuaan berlaku berperingkat-peringkat pada bahagian anggota badan yang berlainan. Menurut laporan tersebut, berikut adalah anggaran kasar (maksudnya tidak mengikut jantina dan geografi individu) bila proses penuaan akan berlaku pada anggota-anggota badan yang tertentu:
Otak - 20 tahun
Usus/ perut - 55 tahun
Payudara - 35 tahun
Pundi kencing - 65 tahun
Paru-paru - 20 tahun
Suara - 65 tahun
Mata - 40 tahun
Jantung - 40 tahun
Hati - 70 tahun
Buah pinggang - 50 tahun
Prostat - 50 tahun
Tulang - 35 tahun
Gigi - 40 tahun
Otot-otot - 30 tahun
Pendengaran - 55 tahun
Kulit - 25 tahun
Deria bau/rasa - 60 tahun
Kesuburan - 35 tahun
Rambut - 30 tahun
Daripada fakta di atas, mungkin ada benarnya pada apa yang disampaikan oleh Dr. Bhenny. Antara anggota-anggota atau organ-organ badan yang sudah melalui proses penuaan sebelum atau pada usia 35 tahun ialah otak, payudara, paru-paru, tulang, otot-otot, kulit dan rambut. Ini mungkin ada kaitannya dengan penurunan pada fungsi organ-organ dalaman dan hormon-hormon seperti yang dinyatakan oleh dr. Bhenny di atas.
Pesan Dr. Bhenny lagi, sepatutnya pada usia 45 tahun kita tidak lagi memburu makanan-makanan yang enak yang biasanya berlemak, berminyak dan kurang khasiat selain daripada tinggi karbohidrat dan kolesterol. Makanan-makanan seperti ini tidak lain selain daripada mengundang pelbagai penyakit.
Menurut Dr. Bhenny lagi, penuaan adalah suatu penyakit yang tidak dapat dicegah, diubati atau diundurkan. Pendekata, ia adalah sifat semulajadi badan manusia. Cuma apa yang kita boleh lakukan ialah dengan mengubah cara hidup (termasuk pemakanan) bagi mengelak atau mencegah penyakit-penyakit kronik yang timbul akibat proses penuaan.
Dr. Bhenny menyenaraikan beberapa penyakit yang boleh muncul akibat proses penuaan, antaranya ialah:
- Osteoporosis
- Sindrom Metabolik yang dikaitkan dengan penyakit jantung seperti strok, penyakit jantung koronari dan Hypertensi Renal
- Kanser pada payudara, usus, Prostat atau Ovarium.
- Alzeimer (pikun), dan,
- SD (Sexual Dysfunction).
Apa yang boleh boleh kita lakukan? Berikut adalah nasihat Dr. Bhenny:
1. BERGERAK
- Berjalan kaki 3 hingga 5 km sehari boleh mencegah Osteoporosis atau rapuh tulang dan Hypertensi.
Berjalan 5km Sehari |
2. SENAM OLAH NAFAS
Pernafasan Dalam |
- Senaman seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga, dan seumpamanya sebanyak 2 kali seminggu boleh membantu paru-paru melalui proses pernafasan dalam (deep breathing) bagi meningkatkan aliran darah di alveoli dan membekalkan oksigen yang secukupnya kepada otak.
- Ada banyak lagi teknik pernafasan dalam yang boleh dilakukan dan ianya boleh dilakukan seawal pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.
3. KURANGKAN KARBOHIDRAT
Kurangkan Makanan Berkarbohidrat |
- Cukup dengan protein, buah dan sayur.
4. JAGA BERAT BADAN
Kawal Berat Badan dan BMI |
- Lingkaran perut tak boleh lebih dari 80 cm untuk wanita dan 90 cm untuk lelaki.
- BMI tak boleh lebih dari 30 kg/m2.
5. TEKANAN DARAH SENTIASA NORMAL
- Tekanan darah hendaklah tidak melebihi 140/90.
- Kena cek tekanan darah tiap-tiap minggu.
6. KADAR GULA DARAH PUASA SENTIASA NORMAL
Ujian Darah Setiap 6 Bulan |
- Paras gula darah hendaklah tidak melebihi 6 mmol/L jika berpuasa, atau tidak melebihi 8 mmol/L jika lepas makan.
- Kadar Trigliserida kena sentiasa di bawah 1.7 mmol/L dan kadar HDL harus sentiasa di atas 1 mmol/L.
- Kena cek darah tiap-tiap 6 bulan.
- Luangkan masa untuk lakukan senaman ringan setiap hari seperti berjalan di atas treadmill.
8. MAMMOGRAFI dan PAP SMEAR (untuk wanita)
- Wanita dinasihatkan melakukan ujian mengesan kanser serviks dan kanser payudara setiap tahun.
Pemeriksaan Kanser Setiap Tahun |
9. CUKUP REHAT
- Pastikan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari bermula pukul 10 malam.
- Pastikan juga lampu ditutup ketika tidur untuk merangsang pengeluaran hormon pertumbuhan.
- Elakkan makan 3 jam sebelum tidur bagi mencegah GERT atau sesak nafas.
- Gunakan bantal pendek bagi meningkatkan perjalanan oksigen ke otak.
- Tidur miring ke kanan bagi mengurangi beban ke atas jantung.
10. KURANGKAN STRES
Marah Boleh Menyebabkan Stres |
- Elakkan kerja yang membebankan atau yang di luar kemampuan.
- Elakkan suka marah-marah atau emosi yang sedih.
11. PERBANYAKKAN YANG BERIKUT:
Banyak Berdoa |
- Perbanyakkan doa dan zikir
- Perbaiki kualitI ibadah
- Hiburan yang tidak melalaikan
- Santai dengan keluarga atau kawan-kawan lama
- Membaca terutama buku-buku ilmiah dan agama
Anti-penuaan
Anti-penuaan biasanya merujuk kepada produk-produk yang digunakan untuk melambatkan proses penuaan. Salah satu daripada produk tersebut ialah vitamin. Malah pengambilan vitamin adalah cara yang terbaik melawan penuaan kerana ia bertindak dari dalam badan.
Komponen terpenting dalam vitamin untuk melambatkan penuaan adalah antioksidan bagi mencegah kerosakan sel di dalam tubuh dan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas inilah yang mempercepatkan proses penuaan pada kulit. Vitamin-vitamin yang boleh membantu melambatkan proses penuaan ialah vitamin A, B, C, E dan K. Dan sudah tentu vitamin yang terbaik adalah daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Vitamin C
Vitamin C adalah sumber sumber antioksidan yang terbaik. Bukan hanya menghasilkan antioksidan, vitamin C juga dapat membantu “mengaktifkan” antioksidan lain di dalam tubuh anda seperti dari vitamin E.
Vitamin C membantu meremajakan kulit agar tidak berkedut keterlaluan dengan meningkatkan produksi kolagen, yang bertanggungjawab membentuk dan menguatkan kulit. Kolagen juga penting dalam penyembuhan luka.
Buah Baobab |
Dengan bekalan vitamin C yang mencukupi secara berterusan setiap hari, badan kita akan dilindungi daripada efek radikal bebas dan sistem imun akan sentiasa kuat untuk melawan sebarang jangkitan.
Baru tahu rupa-rupanya otak paling cepat mengalami proses penuaan
ReplyDeleteMaknanya proses penuaan tidak hanya berlaku pada umur luaran tetapi juga berlaku pada organ.
ReplyDeleteTak hairanlah kalau ada orang muda tapi tak boleh lakukan macam macam hal yang orang sebaya dia boleh buat. Organ yang "tua" menghadkan fungsi organ ditambah pula dengan permakanan tidak sihat dan obesiti
.
https://ahmadghazali.com/
Terbaik..
ReplyDelete